Sunday, October 18, 2020

BUKU LIRIK NASYID AL-ARQAM



Bismillahirrahmanirrahim. 

Kali ini kita akan bercerita berkenaan buku lirik Nasyid-nasyid al-Arqam. 

Semasa Al-Arqam baru memulakan segmen atau syukbah dakwah sekitar tahun 1970-an, album-album nasyid pun baru mula dirakam. Tidak kurang 5 buah album dirakamkan, secara spontan, tanpa kelengkapan studio yang sempurna. Saya percaya, ada banyak lagi album yang dirakamkan, namun hanya ada beberapa album sahaja yang ditemui dan dapat diselamatkan. 

Pada masa ini, kumpulan Nadamurni masih belum lagi diwujudkan. Album-album yang dirakamkan ini kebanyakannya adalah album qasidah dan selawat, serta beberapa lagu dalam bahasa Melayu.

Disebabkan album yang dihasilkan begitu sederhana penghasilannya, tanpa inlay yang lengkap, tanpa lirik, dan info-info rakaman, maka, timbullah idea menghasilkan buku lirik Nasyid Al-Arqam.

Saya difahamkan bahawa ada lebih kurang 3 siri buku lirik, dan buku lirik yang diposkan ini adalah salah satu buku lirik yang berjaya diselamatkan.

Tahun Terbit : Anggaran sekitar 1970-an
Penerbit : Shoutul Arqam
Jumlah Mukasurat : 34 ms.

Kandungan Lirik dalam buku ini

Nasyid Al-Jihad
Allahumma La Isya Illa Isyul Akhirah
Ya Syababal Islam
Kalamun Qadim
Ya Rabbi Sallimna
Ya Rasulallah
Ridha al-Walidaini
Dinul Huda as-Saadah
Tolaal Badru Alaina
Ya Nabi Salam Alaika
Solla Alaikallah
Ajibtu
Hidayatullah
Pemuda Pemudi Islam
Kalau Tak Sembahyang
Tanpa Iman Manusia Sengsara
Masyarakat Islam
Jasa Ibu
Kasih Ibu Bapa
Assalamualaikum Ibu Ayah

Apa yang menariknya di dalam buku ini ialah, keseluruhan lirik ditulis sama ada di dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu Jawi. Lirik yang berbahasa Arab juga turut diterjemahkan ke bahasa Melayu supaya memudahkan ia untuk difahami.

Sekiranya anda ingin download buku ini, boleh klik di sini.

http://www.mediafire.com/file/693yt4r5m4gjczr/44_Nasyid+Al+Arqam.pdf/file

Sekiranya anda mempunyai info tambahan berkenaan buku ini, boleh respon di ruang komen.

Sumber info : Grup Telegram Retro Nasyid

No comments:

Post a Comment