Thursday, October 22, 2020


SUARA TAJDID - SUARA TAJDID


Cover cetakan pertama. 

Inlay dalam muka depan

Inlay dalam muka belakang


Nama Album : SUARA TAJDID
Nama Kumpulan :  SUARA TAJDID
Penerbit :  HizBC Studio 
Tahun Terbit :   1999

Info berkenaan album:  
Penerbit : HizBC Studio 
Jururakam/Salinan : JB Audio Video 
Edaran : Cardiff Online Shop
Tracklisting (8  tracks)
  • Suara Tajdid
  • Ilah
  • Daawah
  • Impian Pejuang
  • Inqilabiyah
  • Iman Dan Islam
  • Engkaukah Yang Angkuh
  • Tragedi Masjid Abd Rahman
Trivia & Pencapaian
  • Kumpulan ini adalah kumpulan yang ditubuhkan oleh pelajar Malaysia di UK, yang bergiat aktif dalam persatuan pelajar Hizbi UK & Eire. 
  • Suara Tajdid berasal daripada kumpulan nasyid Ug5C yang belajar di Cardiff, UK. UG5C pernah menerbitkan sekitar 4 hingga 6 buah album. Antaranya album utama, album mini, dan album live.

Hasnol Jamal - Dengan RahmatMu Tuhan (2001)


HASNUL JAMAL (DIWANI) - DENGAN RAHMATMU TUHAN (MINI ALBUM)



Cover cetakan pertama. Versi Eksklusif. 


Layout inlay hanya bercetak sebelah muka surat sahaja. 


Nama Album : Dengan RahmatMu Tuhan
Nama Munsyid :  Hasnol Jamal DIWANI
Penerbit :  Rufaqa Corporation Sdn Bhd
Tahun Terbit :   2001 

Info berkenaan album:  
Penerbit : Abu Ameerul 
Penerbit Eksekutif : Muhammad Abu Bakar
 Jururakam :  Zulkifli Abd Razak & Nor Azmi Jaafar
Fotografi Cover : Syed Mohd Hashim Syed Annuar
Mixing & DAT Mastering : Abu Ameerul
 Studio : Nada Records
Pengurusan Artis :  Rufaqa Media

Tracklisting ( 5 tracks)
  • Ayat Suci Quran
  • Zat Yang Maha Suci
  • Dengan RahmatMu Tuhan
  • Tarhim
  • Bacaan Qasidah
Trivia & Pencapaian
  • Track nasyid di dalam album ini hanya 2 sahaja, dan diselangselikan dengan bacaan al-Quran dan qasidah serta tarhim. Jumlah track hanya 5 sahaja. Sesuai dengan sifatnya sebagai album mini.
  • Album ini dibeli semasa saya mengunjungi sendiri kompleks Rufaqa' di Rawang.

Al-Barada - Kerinduan di Perantauan Ilmu (1990-an)


AL-BARADA - KERINDUAN DI PERANTAUAN ILMU



Cover cetakan pertama. Hitam putih sahaja. Fotostat.


Inlay lirik di dalam. Klik untuk memperbesar.


Inlay di dalam bahagian hadapan. Klik untuk memperbesar.

Nama Album : Kerinduan di Perantauan Ilmu
Nama Kumpulan :  Al-Barada Featuring Syeikh Muthi' Qabbani.
Penerbit :  Tidak dapat dipastikan
Tahun Terbit :   Sekitar tahun 1990-an

Info berkenaan album:  
Penerbit : Tidak dapat dipastikan
 Jururakam :  Tidak dapat dipastikan.
Mixing & DAT Mastering : Tidak dapat dipastikan
 Studio : Tidak dapat dipastikan
Paluan & Susunan Alat Ketuk : Tidak dapat dipastikan
Pengurusan Artis :  Tidak dapat dipastikan
Penghargaan :Tidak dapat dipastikan
Tracklisting (  tracks)
  •  Kerinduan di Perantauan Ilmu
  • Ahlan Wa Sahlan
  • Wahai Pemuda Islam
  • Kita ini Manusia Biasa
  • Ilahana Ma A'dalak
  • Berlabuhlah Malam
  • Islam terus Kukuh
  • Selamat Tinggal Ibuku
  • Ukhuwwah Islamiyah
  • Minnar Raja'
Trivia & Pencapaian
  • Al-Barada ialah sebuah kumpulan nasyid oleh pelajar-pelajar Malaysia di Syria. Jika ditanya kumpulan pelajar yang pernah belajar di sana sekitar tahun 1990-an, mereka mungkin mengenali siapa personal kumpulan ini. 
  • Kaset ini diwariskan kepada saya oleh senior saya semasa saya berada di tahun pertama di Jordan. 
  • Masih berada dalam keadaan asal, iaitu di dalam bentuk kaset. 
  • Belum pernah dimp3kan lagi.
  • Jika ada yang tahu berkenaan album ini dan penasyid ini, mohon emelkan ke asyraffdini@gmail.com

Sunday, October 18, 2020

BUKU LIRIK NASYID AL-ARQAM



Bismillahirrahmanirrahim. 

Kali ini kita akan bercerita berkenaan buku lirik Nasyid-nasyid al-Arqam. 

Semasa Al-Arqam baru memulakan segmen atau syukbah dakwah sekitar tahun 1970-an, album-album nasyid pun baru mula dirakam. Tidak kurang 5 buah album dirakamkan, secara spontan, tanpa kelengkapan studio yang sempurna. Saya percaya, ada banyak lagi album yang dirakamkan, namun hanya ada beberapa album sahaja yang ditemui dan dapat diselamatkan. 

Pada masa ini, kumpulan Nadamurni masih belum lagi diwujudkan. Album-album yang dirakamkan ini kebanyakannya adalah album qasidah dan selawat, serta beberapa lagu dalam bahasa Melayu.

Disebabkan album yang dihasilkan begitu sederhana penghasilannya, tanpa inlay yang lengkap, tanpa lirik, dan info-info rakaman, maka, timbullah idea menghasilkan buku lirik Nasyid Al-Arqam.

Saya difahamkan bahawa ada lebih kurang 3 siri buku lirik, dan buku lirik yang diposkan ini adalah salah satu buku lirik yang berjaya diselamatkan.

Tahun Terbit : Anggaran sekitar 1970-an
Penerbit : Shoutul Arqam
Jumlah Mukasurat : 34 ms.

Kandungan Lirik dalam buku ini

Nasyid Al-Jihad
Allahumma La Isya Illa Isyul Akhirah
Ya Syababal Islam
Kalamun Qadim
Ya Rabbi Sallimna
Ya Rasulallah
Ridha al-Walidaini
Dinul Huda as-Saadah
Tolaal Badru Alaina
Ya Nabi Salam Alaika
Solla Alaikallah
Ajibtu
Hidayatullah
Pemuda Pemudi Islam
Kalau Tak Sembahyang
Tanpa Iman Manusia Sengsara
Masyarakat Islam
Jasa Ibu
Kasih Ibu Bapa
Assalamualaikum Ibu Ayah

Apa yang menariknya di dalam buku ini ialah, keseluruhan lirik ditulis sama ada di dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu Jawi. Lirik yang berbahasa Arab juga turut diterjemahkan ke bahasa Melayu supaya memudahkan ia untuk difahami.

Sekiranya anda ingin download buku ini, boleh klik di sini.

http://www.mediafire.com/file/693yt4r5m4gjczr/44_Nasyid+Al+Arqam.pdf/file

Sekiranya anda mempunyai info tambahan berkenaan buku ini, boleh respon di ruang komen.

Sumber info : Grup Telegram Retro Nasyid