Thursday, October 22, 2020


SUARA TAJDID - SUARA TAJDID


Cover cetakan pertama. 

Inlay dalam muka depan

Inlay dalam muka belakang


Nama Album : SUARA TAJDID
Nama Kumpulan :  SUARA TAJDID
Penerbit :  HizBC Studio 
Tahun Terbit :   1999

Info berkenaan album:  
Penerbit : HizBC Studio 
Jururakam/Salinan : JB Audio Video 
Edaran : Cardiff Online Shop
Tracklisting (8  tracks)
  • Suara Tajdid
  • Ilah
  • Daawah
  • Impian Pejuang
  • Inqilabiyah
  • Iman Dan Islam
  • Engkaukah Yang Angkuh
  • Tragedi Masjid Abd Rahman
Trivia & Pencapaian
  • Kumpulan ini adalah kumpulan yang ditubuhkan oleh pelajar Malaysia di UK, yang bergiat aktif dalam persatuan pelajar Hizbi UK & Eire. 
  • Suara Tajdid berasal daripada kumpulan nasyid Ug5C yang belajar di Cardiff, UK. UG5C pernah menerbitkan sekitar 4 hingga 6 buah album. Antaranya album utama, album mini, dan album live.

Hasnol Jamal - Dengan RahmatMu Tuhan (2001)


HASNUL JAMAL (DIWANI) - DENGAN RAHMATMU TUHAN (MINI ALBUM)



Cover cetakan pertama. Versi Eksklusif. 


Layout inlay hanya bercetak sebelah muka surat sahaja. 


Nama Album : Dengan RahmatMu Tuhan
Nama Munsyid :  Hasnol Jamal DIWANI
Penerbit :  Rufaqa Corporation Sdn Bhd
Tahun Terbit :   2001 

Info berkenaan album:  
Penerbit : Abu Ameerul 
Penerbit Eksekutif : Muhammad Abu Bakar
 Jururakam :  Zulkifli Abd Razak & Nor Azmi Jaafar
Fotografi Cover : Syed Mohd Hashim Syed Annuar
Mixing & DAT Mastering : Abu Ameerul
 Studio : Nada Records
Pengurusan Artis :  Rufaqa Media

Tracklisting ( 5 tracks)
  • Ayat Suci Quran
  • Zat Yang Maha Suci
  • Dengan RahmatMu Tuhan
  • Tarhim
  • Bacaan Qasidah
Trivia & Pencapaian
  • Track nasyid di dalam album ini hanya 2 sahaja, dan diselangselikan dengan bacaan al-Quran dan qasidah serta tarhim. Jumlah track hanya 5 sahaja. Sesuai dengan sifatnya sebagai album mini.
  • Album ini dibeli semasa saya mengunjungi sendiri kompleks Rufaqa' di Rawang.

Al-Barada - Kerinduan di Perantauan Ilmu (1990-an)


AL-BARADA - KERINDUAN DI PERANTAUAN ILMU



Cover cetakan pertama. Hitam putih sahaja. Fotostat.


Inlay lirik di dalam. Klik untuk memperbesar.


Inlay di dalam bahagian hadapan. Klik untuk memperbesar.

Nama Album : Kerinduan di Perantauan Ilmu
Nama Kumpulan :  Al-Barada Featuring Syeikh Muthi' Qabbani.
Penerbit :  Tidak dapat dipastikan
Tahun Terbit :   Sekitar tahun 1990-an

Info berkenaan album:  
Penerbit : Tidak dapat dipastikan
 Jururakam :  Tidak dapat dipastikan.
Mixing & DAT Mastering : Tidak dapat dipastikan
 Studio : Tidak dapat dipastikan
Paluan & Susunan Alat Ketuk : Tidak dapat dipastikan
Pengurusan Artis :  Tidak dapat dipastikan
Penghargaan :Tidak dapat dipastikan
Tracklisting (  tracks)
  •  Kerinduan di Perantauan Ilmu
  • Ahlan Wa Sahlan
  • Wahai Pemuda Islam
  • Kita ini Manusia Biasa
  • Ilahana Ma A'dalak
  • Berlabuhlah Malam
  • Islam terus Kukuh
  • Selamat Tinggal Ibuku
  • Ukhuwwah Islamiyah
  • Minnar Raja'
Trivia & Pencapaian
  • Al-Barada ialah sebuah kumpulan nasyid oleh pelajar-pelajar Malaysia di Syria. Jika ditanya kumpulan pelajar yang pernah belajar di sana sekitar tahun 1990-an, mereka mungkin mengenali siapa personal kumpulan ini. 
  • Kaset ini diwariskan kepada saya oleh senior saya semasa saya berada di tahun pertama di Jordan. 
  • Masih berada dalam keadaan asal, iaitu di dalam bentuk kaset. 
  • Belum pernah dimp3kan lagi.
  • Jika ada yang tahu berkenaan album ini dan penasyid ini, mohon emelkan ke asyraffdini@gmail.com

Sunday, October 18, 2020

BUKU LIRIK NASYID AL-ARQAM



Bismillahirrahmanirrahim. 

Kali ini kita akan bercerita berkenaan buku lirik Nasyid-nasyid al-Arqam. 

Semasa Al-Arqam baru memulakan segmen atau syukbah dakwah sekitar tahun 1970-an, album-album nasyid pun baru mula dirakam. Tidak kurang 5 buah album dirakamkan, secara spontan, tanpa kelengkapan studio yang sempurna. Saya percaya, ada banyak lagi album yang dirakamkan, namun hanya ada beberapa album sahaja yang ditemui dan dapat diselamatkan. 

Pada masa ini, kumpulan Nadamurni masih belum lagi diwujudkan. Album-album yang dirakamkan ini kebanyakannya adalah album qasidah dan selawat, serta beberapa lagu dalam bahasa Melayu.

Disebabkan album yang dihasilkan begitu sederhana penghasilannya, tanpa inlay yang lengkap, tanpa lirik, dan info-info rakaman, maka, timbullah idea menghasilkan buku lirik Nasyid Al-Arqam.

Saya difahamkan bahawa ada lebih kurang 3 siri buku lirik, dan buku lirik yang diposkan ini adalah salah satu buku lirik yang berjaya diselamatkan.

Tahun Terbit : Anggaran sekitar 1970-an
Penerbit : Shoutul Arqam
Jumlah Mukasurat : 34 ms.

Kandungan Lirik dalam buku ini

Nasyid Al-Jihad
Allahumma La Isya Illa Isyul Akhirah
Ya Syababal Islam
Kalamun Qadim
Ya Rabbi Sallimna
Ya Rasulallah
Ridha al-Walidaini
Dinul Huda as-Saadah
Tolaal Badru Alaina
Ya Nabi Salam Alaika
Solla Alaikallah
Ajibtu
Hidayatullah
Pemuda Pemudi Islam
Kalau Tak Sembahyang
Tanpa Iman Manusia Sengsara
Masyarakat Islam
Jasa Ibu
Kasih Ibu Bapa
Assalamualaikum Ibu Ayah

Apa yang menariknya di dalam buku ini ialah, keseluruhan lirik ditulis sama ada di dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu Jawi. Lirik yang berbahasa Arab juga turut diterjemahkan ke bahasa Melayu supaya memudahkan ia untuk difahami.

Sekiranya anda ingin download buku ini, boleh klik di sini.

http://www.mediafire.com/file/693yt4r5m4gjczr/44_Nasyid+Al+Arqam.pdf/file

Sekiranya anda mempunyai info tambahan berkenaan buku ini, boleh respon di ruang komen.

Sumber info : Grup Telegram Retro Nasyid

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Datang Ke Wikipedia Nasyid

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera.

Laman web ini diwujudkan bagi merekodkan pelbagai kumpulan nasyid yang wujud di Malaysia dan Indonesia. Rekod akan dibuat berdasarkan album yang pernah diterbitkan.

Formatnya adalah sebagaimana berikut :

(Gambar Album)
Nama Album
Nama Kumpulan
Penerbit
Tahun Terbit
Info berkenaan album
Trivia & Pencapaian

Pautan Lirik dan Mp3 album sekiranya ada.

Insya-Allah, sekiranya tiada aral melintang, kami akan memulakan entri-entri berkaitan album nasyid ini secepat mungkin.

Stay tuned!

Thursday, December 11, 1997

Nadamurni - Nur Aidilfitri (1997)


Cover edisi Permata Audio Productions Sdn Bhd.
NADAMURNI -NUR AIDILFITRI
Nama Album : Nur Aidilfitri
Nama Kumpulan : Nadamurni

Penerbit : Permata Audio Productions Sdn Bhd 

Tahun Terbit :  1997


Info berkenaan album:  

Penerbit : B.Nury


Studio : Permata Studio

Studio Adunan : Permata Studio

Jururakam : Firdaus Suhaimi & Norzihan Ghazali

Susunan Muzik : Nadamurni

Susunan Vokal : Nadamurni

Vokal Utama : Mohd Asri, Munif, Yusuf & B. Nury

Suara Latar : Nadamurni

Percussion : Nadamurni

Rekabentuk Kulit: Media Star

Khat : M. Naim Hj Husain

Pengurusan Artis : Jabatan Persembahan & Pengurusan Artis, Permata Audio Productions Sdn Bhd.

Penyelaras Pengeluaran : M. Naim Hj Husain.

Terbitan & Edaran : Permata Audio Productions (M) Sdn Bhd (338880-U), 18, Jalan 8/62A, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur. Tel : 03-635 5484 Fax : 03-632 9206

Penghargaan : Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam penerbitan album Nur Aidilfitri (Nasyid Ramadhan - Syawal) ini secara langsung atau tidak. Semoga apa yang disumbangkan ini merupakan saham-saham yang dilabur untuk meraih keuntungan di akhirat yang kekal abadi. Wahai tuhan, sekiranya ada pahala dari ibadah kami ini, kami hadiahkan untuk ibu dan ayah kami, semua yang telah berjasa serta muslimin dan muslimat yang masih hidup ataupun yang telah mati. Amin...

Tracklisting (9 tracks)
  • Bada'na (3.44) Arab
  • Anak Pejuang (7.03)
  • Hayyul Hadi (6.18) Arab
  • Ampunilah Dosaku (6.51) 
  • Al-Hijrah (4.57) Arab
  • Nur Aidil Fitri (6.15)
  • Yaman Satufariq (5.48) Arab
  • Renungan Aidil Fitri (6.14)
  • Bada'na (3.44) Arab
Trivia & Pencapaian
  • Lagu Bada'na menjadi pilihan ramai penasyid bagi memulakan persembahan nasyid mereka.

Thursday, July 31, 1997

Al-Anwar - Indahnya Kalam Tuhan (1997)


 Cover cetakan pertama.
AL-ANWAR - INDAHNYA KALAM TUHAN

Nama Album : Indahnya Kalam Tuhan (album kedua)
Nama Kumpulan :  Al-Anwar
Penerbit :  Permata Audio Productions
Tahun Terbit :  1997
Info berkenaan album:  
Penerbit :  
Jururakam :  
Mixing & DAT Mastering :
Studio
Paluan & Susunan Alat Ketuk
Pengurusan Artis :
Penghargaan :
Tracklisting (12  tracks)
  • Zikrullah (1:40)
  • Indahnya Kalam Tuhan (2:52)
  • Al-Quran Pedoman (6:37)
  • Seruan (4:42)
  • Solawatul Badriyah  (4:37)
  • Sabar Itu Indah (4:32)
  • Zikir Tasbih (1:10)
  • Al-Quran Pembimbing Ummah (4:55)
  • Negara Maju Allah Redha (4:00)
  • Al-Quran Kalamullah (3:59)
  • Hakikat Kehidupan (6:06)
  • Nasyid Qurani (5:05) 
Trivia & Pencapaian
  • Kumpulan Al-Anwar merubah nama mereka menjadi kumpulan Harakat Madani dan bekerjasama menerbitkan album di bawah Rabbani Productions. Mereka berhasil menerbitkan dua buah album kompilasi di bawah Rabbani. Iaitu album Ahmad Ya Habibi dan album Ramadhan Remix.

Monday, December 11, 1995

Nadamurni - Seruan Perjuangan (1995)

Cover edisi OVA Productions Sdn Bhd. iaitu cover asal.
 Nama Album : Seruan Perjuangan
Nama Kumpulan : Nadamurni
Penerbit :
OVA Productions Sdn Bhd.
43A, Lorong Rahim Kajai 13,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Tahun Terbit : 1995
 
Info berkenaan album: 
Penerbit : Sohibul Fadhil Sabikin

Jururakam : Juruteknik OVA Productions

Rakaman & Adunan: Studio OVA Productions

Studio : OVA Productions Sdn Bhd

Rekabentuk Kulit : Ekskom Advertising

Penghargaan : OVA Productions Sdn Bhd dan siapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan album ini, semoga segala sumbangan anda akan dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala...Amin.

Tracklisting (10 track)
  • Ya Nabi Salamun Alaik (Arab)
  • Ya Syababal Islam (Arab)
  • Berjuanglah Berkorbanlah
  • Fityatul Hadi (Arab)
  • Seruan Perjuangan
  • Tobang Satu
  • Berjuanglah Berkorbanlah
  • Rabbi Sallimna (Arab)
  • Nahnu Syababul Islam (Arab)
  • Solla Alaikallah (Arab)
Trivia & Pencapaian
  • Lagu Rabbi Sallimna dinyanyikan semula oleh Hijjaz dalam album Jalan Bahagia (2002).
  • Lagu Seruan Perjuangan dinyanyikan semula oleh Hijjaz dalam album Nostalgia Lagenda Nadamurni (Vol. 1).
  • Lagu Tobang Satu dinyanyikan semula oleh kumpulan Saff-One.

Saturday, December 11, 1993

Nadamurni - Malaysiaku Indah (1993)

Berhasil menemui album ini di salah sebuah kedai kaset lama di Giant, Taman Permata. Masih berbalut plastik!

Cover cetakan pertama. Kredit kepada ova-permata-nadi.blogspot.com

Cover cetakan kedua.
NADAMURNI - MALAYSIAKU INDAH

Nama Album : Malaysiaku Indah
    Nama Kumpulan : Nadamurni
    Penerbit : OVA Productions Sdn Bhd.
    Tahun Terbit : 1993
    Info berkenaan album:
    Penerbit : Isman Nadim

    Jururakam : Haron Omar & Saifullah Doldiri

    Mixing & DAT Mastering : Firdaus Suhaimi

    Studio : OVA Productions Sdn Bhd

    Paluan & Susunan Alat Ketuk : Nadamurni

    Pengurusan Artis : Maksi Productions

    Penghargaan : OVA Productions Sdn Bhd dan siapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan album ini, semoga segala sumbangan anda akan dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala...Amin.

    Tracklisting (7 tracks)
    • Malaysia Cemerlang (6.43)
    • Jasa Petani (4.52)
    • Hati Yang Gersang (5.50)
    • Untuk Para Mujahid (4.31)
    • Ekonomi Islam (7.13)
    • Pengantin Baru (7.15)
    • Kasih Sayang (7.48)
    Trivia & Pencapaian
      1) Cover pertama album ini tidak disukai oleh Pusat Islam. Justeru, dalam cetakan kedua, covernya ditukar kepada yang berbendera Malaysia. (Sumber : ova-permata-nadi.blogspot.com)

      2) Lagu Ekonomi Islam dan Jasa Petani pernah dipersembahkan di majlis-majlis Kementerian.

      3) Beberapa lagu dalam album ini, seperti Kasih Sayang, Jasa Petani dan Pengantin Baru, dinyanyikan semula oleh kumpulan Rabbani.

      4) Rakaman gambar kulit depan cover cetakan kedua adalah di Masjid Diraja Sultan Sulaiman, Klang.

      Wednesday, August 18, 1993

      Suara SMAKL - Jendela Hati (1993)

      SUARA SMAKL - JENDELA HATI

       Suara SMAKL - Jendela Hati Edisi OVA Productions

      Cover cetakan pertama. Edisi OVA Productions.

      Suara SMAKL - Jendela Hati Edisi Permata Audio
       Cover cetakan kedua. Edisi Permata Audio Productions

      Nama Album : Jendela Hati
      Nama Kumpulan :  Suara SMAKL
      Penerbit :  OVA Productions diikuti oleh Permata Audio Productions.
      Tahun Terbit :  1993
      Info berkenaan album:  
      Jururakam :  
      Mixing & DAT Mastering :  
      Studio : OVA Productions
      Paluan & Susunan Alat Ketuk
      Pengurusan Artis :  
      Penghargaan :
      Tracklisting (  tracks)
      •  
      Trivia & Pencapaian
      • Album ini adalah album pertama kumpulan nasyid Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur yang terletak di Bandar Menjalara. 
      • Daripada kumpulan ini, lahir kumpulan Anugerah, apabila sebahagian anggota berkumpul kembali dan menghasilkan album Masih Ada Waktu dan album-album kompilasi dengan OVA Productions.
      • Kumpulan ini adalah tapak pertama kumpulan yang kini dikenali sebagai NowSeeHeart.
      • Sebahagian lirik ditulis oleh Ustaz Ashaari Muhammad, Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan oleh anggota kumpulan sendiri.
      • Lagu Perjuangan dinyanyikan semula oleh SaffOne dalam album pertama mereka, Di Syurga Menanti (2001).
      • Lagu Wahai Insan, dinyanyikan semula oleh Hijjaz dalam album kompilasi Pelita Hidup mereka, Wahai Insan Ingatlah Kamu.